Monday 11 February 2013

Pride of A Woman

Assalamualaikum...=)

Hari ni kita nak cakap pasal wanita. Kenapa mesti cakap? Ini semuanya hanyalah sekadar perkongsian.=)

Teringat masa fiqrah ilmu hari tu, Ustazah Wahidah ada bagi sikit tazkirah.
Tazkirah tu pasal wanita lah. Ustazah cakap, wanita ni special. Kenapa? Jom tengok, pesanan Rasulullah s.a.w untuk Fatimah.

"Wahai Fatimah, jadilah umpama pohon semalu"

Pohon semalu? Sama dengan mimosa plant kan? Kenapa mesti pohon semalu? Rasulullah cakap tu untuk Fatimah saja ka? Fatimah tu perempuan kan? So, mesti la Rasulullah maksudkan untuk semua MUslimah kan? 

Wahai Muslimah, jadikanlah pohon semalu sebagai contohmu...

Yang berduri...
 sebagai perisai diri.....
pertahankanlah maruahmu sebagai seorang wanita..=)

Yang berdaun...
menguncup saat disentuh.....
jadikanlah sifat malu itu sebagai hiasan diri..=D

Yang berakar...
kuat mencengkam bumi.....
kukuhkanlah ikatanmu dengan Rabbul Alamin..=)

Yang berbunga...
sebagai penyeri.....
mempunyai kelembutan dalam kekuatan ..=D

Tidak berbau wangi dan tidak menarik hati. Maka, tiada kumbang yang akan memerhati. Kerana indahmu, cukup 'tersembunyi'.=)

Apa yang Allah cipta tu semuanya indah belaka kan? So, appreciate la apa yang Allah  bagi untuk kita..! 

Sesungguhnya malumu itu sangat berharga...

 

No comments: