Saturday 29 August 2015

Packing Time!

Assalamualaikum! Hari ni dah 30 haribulan lapan. Esok merdeka. And esok jugak aku akan bertolak ke Terengganu. Why Terengganu? Alhamdulillah, aku dapat further study untuk degree. Dekat u mana? hahah, Universiti Malaysia Terengganu. Tak kisah u mana pun, asalkan boleh sambung study. Aku dapat course environmental technology. Course apa tu? Aku pun tak pasti. Kena study dulu baru taw. Sebenaqnya aku harap untuk dapat pengkhususan bahasa german dekat upm. sebab aku rasa macam dah tak boleh nak tahan dah dengan sains. Plus aku memang ada basic german masa sekolah dulu. Kita boleh plan hidup kita, tapi Allah lagi pandai plan daripada kita. He knows best. Aku yakin mesti ada sebab aku dapat course ni. Maybe Allah nak aku belajaq sains lagi. So, aku boleh kagum and bersyukur dengan segala nikmat yang Dia bagi. Tak kisah la kita boleh belajaq apa pun. Medic, engineering, sastera or apa2 ja. Semua tu ilmu. Bersyukur selagi Allah bagi nikmat untuk belajaq. Sebenaqnya susah nak tajdid niat  ni. Aku sendiri ni awal2 memang niat nak study kerana Allah, lama2 jadi macam nak kejaq pointer ja semata-mata. Payah sungguh nak tetapkan hati. Last2 study untuk exam then lepas exam terus lupa segala ilmu yang dah belajaq. Tak ke rugi tu? Allah, moga kita semua tak jadi macam ni. Hahah, panjang betul aku berleter kat sini.Haa, tajuk kat atas tu pasal packing. Tapi lain pulak yang aku tulis. LOL. Jom la sambung packing. Baju semua aku sumbat dalam  satu luggage saiz 28". Haa, ambik. Yang paling besaq tu aku bedal! So senang tak payah nak bawak banyak2 beg. Tapi tu la, berat dia mak aii... Dah la aku dapat aras tiga T_T Aku harap UMT ada lif. Kalau takda, kurus lah aku cenggini. Aceh, over. -_-' K la, esok nak kena bertolak pukul 4 pagi. Kalo tak siap packing lagi habis la aku. Mintak diri dulu. Doakan perjalanan aku and family selamat pergi and selamat pulang. Assalamualaikum.

Wednesday 26 August 2015

PADAM

Assalamualaikum

Lama betul tak tulis entry. Kenapa? Biasalah, kadang2 malas, kadang2 takda idea. Tapi ni bukannya kadang2, tapi dah selalu. Heheh, maaf ya.
Aku sendiri pun sedar, bukannya ramai pun yang jadi readers aku ni. Ok, aku anggap ja blog aku ni sebagai catatan or maybe luahan dari hati aku. Acewahh. Tulis ja apa yang aku rasa nak tulis.
Sebenaqnya, blog ni dari aku form 3 lagi. Dah lama la jugak. Tapi segala entry yang dulu banyak yang aku dah delete. Lebih kurang semualah. Heheh. Kenapa? Haa, bukannya nak delete memory yang lalu. NO. Tapi segala entry yang lepas2 tu nampak sangat tak matangnya. -_-' 
Hahahah, bila baca entry yang lama, jadi termalu sendiri. Haa, kan dah padan muka. Buat lagi entry yang pelik2. Ok, maybe lepas ni aku akan banyak update lagi. Boleh caya ka? Hahah, jangan tertipu lagi. Aku hanya menanam tebu di tepi bibir. Peace.