Saturday 29 August 2015

Packing Time!

Assalamualaikum! Hari ni dah 30 haribulan lapan. Esok merdeka. And esok jugak aku akan bertolak ke Terengganu. Why Terengganu? Alhamdulillah, aku dapat further study untuk degree. Dekat u mana? hahah, Universiti Malaysia Terengganu. Tak kisah u mana pun, asalkan boleh sambung study. Aku dapat course environmental technology. Course apa tu? Aku pun tak pasti. Kena study dulu baru taw. Sebenaqnya aku harap untuk dapat pengkhususan bahasa german dekat upm. sebab aku rasa macam dah tak boleh nak tahan dah dengan sains. Plus aku memang ada basic german masa sekolah dulu. Kita boleh plan hidup kita, tapi Allah lagi pandai plan daripada kita. He knows best. Aku yakin mesti ada sebab aku dapat course ni. Maybe Allah nak aku belajaq sains lagi. So, aku boleh kagum and bersyukur dengan segala nikmat yang Dia bagi. Tak kisah la kita boleh belajaq apa pun. Medic, engineering, sastera or apa2 ja. Semua tu ilmu. Bersyukur selagi Allah bagi nikmat untuk belajaq. Sebenaqnya susah nak tajdid niat  ni. Aku sendiri ni awal2 memang niat nak study kerana Allah, lama2 jadi macam nak kejaq pointer ja semata-mata. Payah sungguh nak tetapkan hati. Last2 study untuk exam then lepas exam terus lupa segala ilmu yang dah belajaq. Tak ke rugi tu? Allah, moga kita semua tak jadi macam ni. Hahah, panjang betul aku berleter kat sini.Haa, tajuk kat atas tu pasal packing. Tapi lain pulak yang aku tulis. LOL. Jom la sambung packing. Baju semua aku sumbat dalam  satu luggage saiz 28". Haa, ambik. Yang paling besaq tu aku bedal! So senang tak payah nak bawak banyak2 beg. Tapi tu la, berat dia mak aii... Dah la aku dapat aras tiga T_T Aku harap UMT ada lif. Kalau takda, kurus lah aku cenggini. Aceh, over. -_-' K la, esok nak kena bertolak pukul 4 pagi. Kalo tak siap packing lagi habis la aku. Mintak diri dulu. Doakan perjalanan aku and family selamat pergi and selamat pulang. Assalamualaikum.

No comments: