Saturday, 29 August 2015

Packing Time!

Assalamualaikum! Hari ni dah 30 haribulan lapan. Esok merdeka. And esok jugak aku akan bertolak ke Terengganu. Why Terengganu? Alhamdulillah, aku dapat further study untuk degree. Dekat u mana? hahah, Universiti Malaysia Terengganu. Tak kisah u mana pun, asalkan boleh sambung study. Aku dapat course environmental technology. Course apa tu? Aku pun tak pasti. Kena study dulu baru taw. Sebenaqnya aku harap untuk dapat pengkhususan bahasa german dekat upm. sebab aku rasa macam dah tak boleh nak tahan dah dengan sains. Plus aku memang ada basic german masa sekolah dulu. Kita boleh plan hidup kita, tapi Allah lagi pandai plan daripada kita. He knows best. Aku yakin mesti ada sebab aku dapat course ni. Maybe Allah nak aku belajaq sains lagi. So, aku boleh kagum and bersyukur dengan segala nikmat yang Dia bagi. Tak kisah la kita boleh belajaq apa pun. Medic, engineering, sastera or apa2 ja. Semua tu ilmu. Bersyukur selagi Allah bagi nikmat untuk belajaq. Sebenaqnya susah nak tajdid niat  ni. Aku sendiri ni awal2 memang niat nak study kerana Allah, lama2 jadi macam nak kejaq pointer ja semata-mata. Payah sungguh nak tetapkan hati. Last2 study untuk exam then lepas exam terus lupa segala ilmu yang dah belajaq. Tak ke rugi tu? Allah, moga kita semua tak jadi macam ni. Hahah, panjang betul aku berleter kat sini.Haa, tajuk kat atas tu pasal packing. Tapi lain pulak yang aku tulis. LOL. Jom la sambung packing. Baju semua aku sumbat dalam  satu luggage saiz 28". Haa, ambik. Yang paling besaq tu aku bedal! So senang tak payah nak bawak banyak2 beg. Tapi tu la, berat dia mak aii... Dah la aku dapat aras tiga T_T Aku harap UMT ada lif. Kalau takda, kurus lah aku cenggini. Aceh, over. -_-' K la, esok nak kena bertolak pukul 4 pagi. Kalo tak siap packing lagi habis la aku. Mintak diri dulu. Doakan perjalanan aku and family selamat pergi and selamat pulang. Assalamualaikum.

Wednesday, 26 August 2015

PADAM

Assalamualaikum

Lama betul tak tulis entry. Kenapa? Biasalah, kadang2 malas, kadang2 takda idea. Tapi ni bukannya kadang2, tapi dah selalu. Heheh, maaf ya.
Aku sendiri pun sedar, bukannya ramai pun yang jadi readers aku ni. Ok, aku anggap ja blog aku ni sebagai catatan or maybe luahan dari hati aku. Acewahh. Tulis ja apa yang aku rasa nak tulis.
Sebenaqnya, blog ni dari aku form 3 lagi. Dah lama la jugak. Tapi segala entry yang dulu banyak yang aku dah delete. Lebih kurang semualah. Heheh. Kenapa? Haa, bukannya nak delete memory yang lalu. NO. Tapi segala entry yang lepas2 tu nampak sangat tak matangnya. -_-' 
Hahahah, bila baca entry yang lama, jadi termalu sendiri. Haa, kan dah padan muka. Buat lagi entry yang pelik2. Ok, maybe lepas ni aku akan banyak update lagi. Boleh caya ka? Hahah, jangan tertipu lagi. Aku hanya menanam tebu di tepi bibir. Peace.

         

Monday, 11 February 2013

Pride of A Woman

Assalamualaikum...=)

Hari ni kita nak cakap pasal wanita. Kenapa mesti cakap? Ini semuanya hanyalah sekadar perkongsian.=)

Teringat masa fiqrah ilmu hari tu, Ustazah Wahidah ada bagi sikit tazkirah.
Tazkirah tu pasal wanita lah. Ustazah cakap, wanita ni special. Kenapa? Jom tengok, pesanan Rasulullah s.a.w untuk Fatimah.

"Wahai Fatimah, jadilah umpama pohon semalu"

Pohon semalu? Sama dengan mimosa plant kan? Kenapa mesti pohon semalu? Rasulullah cakap tu untuk Fatimah saja ka? Fatimah tu perempuan kan? So, mesti la Rasulullah maksudkan untuk semua MUslimah kan? 

Wahai Muslimah, jadikanlah pohon semalu sebagai contohmu...

Yang berduri...
 sebagai perisai diri.....
pertahankanlah maruahmu sebagai seorang wanita..=)

Yang berdaun...
menguncup saat disentuh.....
jadikanlah sifat malu itu sebagai hiasan diri..=D

Yang berakar...
kuat mencengkam bumi.....
kukuhkanlah ikatanmu dengan Rabbul Alamin..=)

Yang berbunga...
sebagai penyeri.....
mempunyai kelembutan dalam kekuatan ..=D

Tidak berbau wangi dan tidak menarik hati. Maka, tiada kumbang yang akan memerhati. Kerana indahmu, cukup 'tersembunyi'.=)

Apa yang Allah cipta tu semuanya indah belaka kan? So, appreciate la apa yang Allah  bagi untuk kita..! 

Sesungguhnya malumu itu sangat berharga...

 

Tuesday, 27 November 2012

Quilling Time!

Assalamualaikum...=)

Yesterday, I was attacked by a weird feeling. do you know what was that actually meant? Yes, not that 'weird' feeling. But it is call 'BORED'.
Okay, when that weird feeling came, I'm wondering,what should I do? Should I climb up the tree? No, I'm not good enough to climb up the tree. I'm not a monkey! Don't you dare call me that!

Okay, I'm not in the 'finish-your-homework' mood. So. I thought maybe I should try something new! Something that could make me feel like I'm gorgeous! Okay, stop that Atikah! Do you know how annoying you're? huh? Better ask yourself, before someone tell you that.

I tried to make something that is called 'quilling'! 
Please, have a look!

can you see the big caterpillar?




just look at the sun! beautiful just like me! *sorry, terperasan..tapi memang fakta pun..heheh



okay, that is what we call quilling!

And, today I went to the library with cik jibam from noon till evening.

that's all!
see you for the next post!
bubye!

Sunday, 25 December 2011

RESIPI LAPIS PISANG!!!


Assalamualaikum...=)

BOSAN??


XTAW NAK BUAT APA??




Okay, hari ni kita nak buat lapis pisang. Act, lapis pisang ni resipi family aku.
okay, aku akan bagi resipi ni..

Firstly, sediakan bahan untuk buat satu bekas lapis pisang!

Bahan2 yang diperlukan:

1) bekas aluminium


2) 2 cawan penuh tepung gandum (jenama apa pon boleh, asalkan tepung gandum)

3) 1/2 Buttercup margarine 

4) 1/4 cawan gula

5) pisang mas @ berangan



p/s guna cawan apa pon xpa. tapi kalo bole lebih AFDHAL pakai cawan sukatan 250ml.

Langkah2 untuk buat lapis pisang:

#1. Panaskan oven dulu


#2. masukkan 2 cawan penuh tepung gandum ke dalam mangkuk besar


#3.masukkan pulak 1/2 buttercup margarine ke dalam mangkuk



#4. gaul dan ramas tepung and buttercup sampai jadi macam serbuk roti


#5. lepas jadi serbuk roti, masukkan 1/4 cawan gula


#6. then, gaul sampai sebati semuanya.


#7. sapu sikit buttercup dekat bekas aluminium. (JANGAN banyak @tebal)


#8. masukkan sikit campuran tepung yang dah jadi macam serbuk roti tadi ke dalam bekas aluminium, then ratakan.


#9. lepas 2, potong pisang, then susun atas tepung tadi.


#10. taburkan lagi campuran tepung atas pisang pulak. then, ratakan.


#11. susun lagi pisang atas campuran tepung kalau nak tebal. (kalau xnak susun pon xpa)


#12. cover lagi pisang tadi ngan campuran tepung.


sampai la jadi macam ni:


#13. okay, lepas 2 bole la bakar lapis pisang ni dalam oven.


#14. tetapkan temperature untuk oven ni sebagai 200 degree celcius
selama 45 minit.


#15. dah abis bakar, then keluarkan. 

okay, siap!! kalo nak makan silakan...ngehngeh..

post kali nie credit 2 my mom, Azian Mohamad
Dia yang tolong ajarkan cara buat lapis pisang ni.

okay, anda2 bole la cuba buat sendiri.

kalo nak rasa, bole la order dekat mama yan ya...

ok, takat 2 dlu..


SELAMAT MENCUBA!!!



Assalamualaikum...

Friday, 16 December 2011

# Wordless Saturday=)



Assalamualaikum...=)


Sebenarnya aku xtaw nak post apa hari ni. Aku terbaca dekat facebook. Sekadar perkongsian bersama=)



Nasihat kubur !


1) Aku adalah tmpt yg paling gelap diantara yg gelap,maka terangilah aku dgn TAHAJUD


2) Aku adalah tmpt yg paling sempit,maka hendaklah kau luaskan aku dengan berSILATURAHMIM


3) Aku adalah tmpt yg paling sepi,maka ramaikanlah aku dgn perbanyakkan baca AL QUR'AN


4) Aku adalah tmpt nya binatang2 yg menjijikan,maka racunilah mereka dgn amal SEDEKAH


5) Aku yg menyempitkan mu hingga hancur bilamana kmu tdk SOLAT,bebaskan sempitan itu dgn SOLAT


6) Aku adalah tmpt untuk merendammu dgn cairan yg amat menyakitkan,bebaskan rendaman itu dgn PUASA


7) Aku adalah tmpt MUNKAR & NAKIR bertanya,maka persiapkanlah jawapanmu dgn memperbanyak kan membaca LAA ILAHA ILALLAH


♥ Sampaikanlah walau hny pd 1 orang..


♥ Sekecil apapun amal ibadah kita,
Allah s.w.t menghargainya puluhan kali . INSYAALLAH